Hello....fellow customers and friends....welcome to my world of cupcakes. It was my first baby in cooking at the time I was passionate about baking something.....but now time has progressed and I'm now a chef in cheese tarts, blueberry tarts, strawberry tarts, triffle and fancy cookies. It does not stops there....Wait for my new list of orders other then the above....meanwhile feel free to explore through my blog and do place an order...thank you...

Tuesday, February 15, 2011

Resipi Donut


800g tpg gndm blue key(x yah tpg roti),
1 peket mauripan,
100g gula,
100g susu pekat manis,
1 bj telur,1 camt vanilla,
secubit garam,
330ml air paip
50g marjerin.

campurkan sume bahan, uli dlm 10 mnit, biarkn ia naik.dh naik, uli semula.biar lbh krg 1 jam @ hnga naik 2 kli gnda.uli smula n bentukkn bulat2.bila dh naik, celupkn jari dgn mnyak, cucuk tengah2 n terus msuk dlm kuali. goreng dlm minyak yg sederhana panas....

Tuesday, February 8, 2011

Resipi Puding Caramel

Bahan A:
1 tin susu cair Ideal
1 tin susu pekat F&N
1 tin air (guna sukatan tin susu cair atau susu pekat di atas)
2 sudu besar tepung kastard
10 biji telur (juga boleh dikurangkan kepada 8 biji untuk lebih jimat)

Bahan B:
10 sudu besar gula biasa

Cara:

1/  Panaskan pengukus.

2/ Kacau kesemua bahan-bahan sehingga sebati. Cukup guna whisk atau senduk untuk mengacau.

3/ Di atas dapur memasak yang lain, panaskan loyang yang akan digunakan untuk memasak puding. Masukkan Bahan B iaitu gula. Masak di atas api yang sederhana sehingga gula bertukar menjadi gula hangus.

4/  Masukkan loyang ke dalam pengukus.

5/  Tapis Bahan A yang telah dikacau sebati tadi ke dalam loyang.

6/  Masak selama 20 minit.

7/  Sejukkan di dalam peti ais.

8/ Setelah puding menjadi keras, terbalikkan loyang di atas pinggan dan masukkan semula ke dalam loyang atau bekas hidangan. Anda akan dapati bahagian atas puding berwarna coklat iaitu gula hangus dan bahagian selainnya berwarna kuning.

Resipi Triffle



Bahan-bahan:

Apa-apa jenis kek biasa atau kek gulung atau sponge cake (pandan, orange, atau coklat)
1 kotak agar-agar strawberi segera (brand Nona)
1 tin fruit cocktail (any brand)
3 sb tepung kastard + 3 sb gula halus + 3 cawan susu segar (semua dimasak jadikan kastard)

Cara:
1/ Susun potongan kek hingga memenuhi lapisan bawah bekas
2/ Masak kastard dan tuangkan dalam bekas yang telah disusun kek tadi
3/ Keluarkan jus dari tin cocktail, ambil cocktail nya sahaja dan tuangkan ke atas kastard secara keseluruhan lapisan.
4/ Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan pada kotak agar-agar segera. Tuangkan ke atas lapisan cocktail tadi.
5/ Biarkan buat sementara sehingga separuh panas dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...