Hello....fellow customers and friends....welcome to my world of cupcakes. It was my first baby in cooking at the time I was passionate about baking something.....but now time has progressed and I'm now a chef in cheese tarts, blueberry tarts, strawberry tarts, triffle and fancy cookies. It does not stops there....Wait for my new list of orders other then the above....meanwhile feel free to explore through my blog and do place an order...thank you...

Wednesday, January 12, 2011

Resipi Cotton Soft Japanesse Cheesecake

Bahan-bahan ( utk loyang size 8-inci )

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk
6 biji kuning telur
1 tbsp jus lemon
1/4 tsp garam
60g tepung kek / tepung superfine
20gram tepung jagung

Bahan B:
140g gula pasir
7 biji putih telur
1/4 tsp cream of tartar atau 3/4 tbsp jus lemon

Cara :

Dengan cara double boil, campur dan cairkan cream cheese, butter dan freshmilk. Bila dah mencair, biarkan adunan sejuk. lalu masukkan tepung cake, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese tadi dan kacau sampai rata .gunakan whisk yang kecil agar adunan cepat rata dan tdk berketul2

mixer putih telur bersama cream of tar tar, sampai berbuih (foamy). masukkan gula sedikit demi sedikit dan mixer lagi sampai agak kaku (soft peak).

Ambil sedikit demi sedikit adonan bahan B dan masukkan ke dalam adunan bahan A , kacau sampai rata (sebati)

siapkan loyang size 8 inch , sapu dengan marjerin dan alas dengan kertas baking.

Bakar dgn cara au bain-marie (waterbath), dengan suhu 160C selama 1 jam.

cara membakar dengan waterbath:

siapkan sebuah dulang yg sizenya lebih besar daripada loyang cake. Tuang dengan air dingin(sejuk) dan letakkan loyang berisi adunan cake di atasnya. Tinggi air cukup setengah dari tinggi loyang. Jangan masukkan air panas, kerana akan menyebabkan cake menjadi bantat dan cheesenya akan mengeras di bahagian bawah.

 


Resipi Rainbow Marble Pudding ~ Blackmore

Bahan2nya
1 bungkus serbuk agar2 (13 gm per paket)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 biji telur bersaiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation
1 sudu makan tepong custard
1 sudu makan serbuk koko [guna coffee paste ajee ]
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Resipi Strawberry Cheesecake

Bahannya
2 Cawan Susu Segar
2 1/2 Cawan Coffee Mate/Susu Tepung
1/2 Cawan Gula Icing
2 Sudu Besar Strawberry Paste
150 Grm Ciscake

Caranya
Blenderkan Kesemua Bahan Kecuali Cheesecake Selama 3 Minit
Akhir Masukan Ciscake N Blender Kejap Saje
Bekukan Selama 8 Jam

Resipi Set Chicken Chop


Bahan-bahan:-

seketul ayam (bahagian paha dan atasnya)
sebuku roti france (france bread)
kalau susah nk cr roti france roti empat segi pun boleh (blend)
sebiji telur
tepung gandum
sedikit garam
minyak
  
Cara:-
v      france bread dijemur sehingga keras dan dikisar untuk dijadikan serbuk roti. letak dalam sebuah bekas.
v      ayam dibersihkan.Buang kulit dan tulang.Torehkan ayam sehinggan menjadi nipis dan lebar
v      ayam disapu sedikit garam dan ditampal dengan tepung.
v      pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.Celupkan ayam tadi dengan telur
v      ayam tadi kemudiannya dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi serbuk roti tadi. Letak serbuk roti diatas ayam dan tekan supaya padat.
v      Goreng dalam minyak yang banyak
v      Cara buang tulang ayam..
toreh ayam betul-betul diatas tulang ayam bermula dari atas paha hingga ke hujung paha. Bila dah nampak tulang, kikis2 dan potong mana patut sampai tulan tercabut dari isi sehingga bahagian lutut ayam. Biarkan lutut ayam itu bertulang dan ambil pisau besar potong tulang yang sudah tercabut dari isi

 Master / Sautee sos


1.     Tulang ayam (rangka dinosour ) I ekor (dipotong bagi memudahkan proses bakar. Kalau xde microwave, guna ja kuali utk bakar-letak minyak skit.
2.      Tomato puree (tin kecik)
3.      Gaulkan tulang ayam & tomato puree, bakar  & golekkan2 smpi agak hitam skit  sbb kalau x betul2 bakar nnti  colour sos xjd brown.
4.      Setelah ayam di bakar masukkan 1 jug air dlm periuk rebuskan tulang ayam yg dibakar bersama dengan carrot, batang saleri, bawang dadu. (rebus sampai carrot & batang saleri empuk)
5.      Cairkan butter/mentega – 150gm
6.      Masukkan bawang yg dipotong dadu
7.      Masukkan tepung gandum – 150gm
8.      Masukkan sup tulang di atas, blender tulang ayam, carrot & saleri smpi halus.

Sos Lada Hitam

Cara Menyediakan sos lada hitam:
1.      Lada hitam digoreng tanpa minyak dan dikisar (sukatan ikut berapa pedas kita nak)
2.      Ambil sautee sos dan masukkan lada hitam yg telah dikisar.
3.      Masukkan chicken stok, perasa secukup rasa
4.      Kacau sehingga pekat dan siap utk dimakan.

Mushroom Sos

Cara menyediakan mushroom sos:

1.      Potong button mushroom dan goreng dengan minyak yg sedikit sehingga layu
2.      Ambil sautee sos dan masukkan lada hitam yg telah dikisar dan mushroom yg telah digoreng
3.      Masukkan chicken stok, perasa secukup rasa
4.      Kacau sehingga pekat dan siap utk dimakan.

Mashed Potato

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 5 biji ubi kentang
  • butter (klu yg 4 segi tu, gune 1/2 pon cukup)
  • 1/2 cawan tepung jagung (bancuh dgn air)
  • 1 kiub ayam (nk gune stok ayam pon boleh..sukatan sesedap rasa)

Cara-cara

  1. utk mashed potato: rebus kentang hingga betul2 lmbut dan lenyekkan sesedap rasa..hehe.ketepikan.ha pastu watla bentuk bulat ke, segi4 ke..depends.(dah siap la utk mkn..lalala)
  2. utk gravy (kuah): cairkan mentega atas api sederhana.dah cair, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau..kacau..dah perang sket masukkn kiub ayam lak.kacau lg smpi mendidih.siap.
  3. mknlah mashed potato tu ngn gravy..sedaapp..menjilat kaki!


Resipi Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies

Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila

Bahan B
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus

Bahan C
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar


Cara-cara :
1. Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.
2. Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata. Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3. Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.


Monday, January 3, 2011

Triffle


Saiz Kecil RM2.00


Saiz Sederhana RM3.00
Sebagai permulaan, bagi yang baru mengenali triffle. Triffle ini dilapisi dengan 3 lapisan iaitu lapisan kek, lapisan kastard dan lapisan agar-agar jelly strawberi.



saiz besar RM35.00

Untuk menempah boleh la isi form....

SPORTS CUPCAKE















EDIBLE IMAGE - CAKE

UPIN IPIN CAKE

ULTRAMAN 1 CAKE

PRINCESS 1 CAKE

SESAME STREET CAKE

PRINCESS 2 CAKE & BARBIE CAKE

ULTRAMAN 2 CAKE & ULTRAMAN 3 CAKE

EDIBLE IMAGE - CUPCAKE

TYPE 1

UPIN IPIN 1
CHINESE NEW YEAR 1

TYPE 2

PRINCESS 1

RAYA 1

DEEPAVALI 1

PRINCESS 2

RAYA 2

RAYA 3

ELLMO SESAME STREET

TYPE A

TYPE B

TYPE C

TYPE D

TYPE E

TYPE F

TYPE G

TYPE H

TYPE I
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...