Blueberry Cheese Tart
<!--[if !supportEmptyParas]--><!--[endif]-->
Sweet Pastry
Bahan A:
100 gram mentega Pelangi
50 gram gula halus
¼ sudu the esen vanilla
Bahan B:
1 biji telur
Bahan C:
210 gram tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara Membuat:
1/ Putar bahan A hingga lembut dan tambahkan bahan B. Putar lagi hingga gebu.
2/ Masukkan bahan C dan gaul sehingga sempurna.
Petua
- Untuk kilatkan buah koktail, gaulkan buah koktail dengan 2 sudu the piping gel.
- Fruit tart pastry baker 20 minit atau hingga kekuningan
- Masak tart pastry dalam oven yang haba di bawah sahaja.
- Berbeza dengan masak muffin dan cupcake dalam oven yang haba dari atas dan bawah.
Filling Krim Kastard
60 gram instant kastard
160 ml susu segar
Cara Membuat:
1/ Pukul semua bahan kaedah whisk sahaja. Mudah untuk kawal kepekatan kastard. Jangan guna pemutar elektrik.
2/ Paipkan krim, pakai nozzle cream puff atau swirl nozzle. Cucukkan buah-buahan.
Petua
- Pastry boleh dipelbagaikan intinya seperti letak koko crunch, blueberry filling, kiwi filling, strawberry filling, coklat cair atau pastry kosong yang diletakkan tuna sandwich.
- Pastry yang sudah diisikan dengan kastard & buah koktail boleh tahan rangup di luar peti ais hanya 1 atau 2 jam. Jika lembap atau tak rapuh masukkan semula dalam peti ais atau bila nak makan baru paipkan kastard sebelum dihidangkan.
- Buah segar seperti strawberry dan koktail akan cepat lebam jika diletakkan awal-awal atau semalaman. Jika nak nampak segar, bila nak makan baru letakkan buah strawberry atau koktail.
Filling Cream Cheese
125 gram cream cheese – Brand Tatura
30 gram gula icing
10 gram mentega
1 biji telur
1 sudu besar fresh cream/whipping cream/susu cair
1 sudu teh Sunquick oren
Blueberry/strawberry filling
Cara Membuat:
1/ Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur dan pukul hingga rata. Masukkan dalam piping beg.
2/ Pastry tart hendaklah dibakar 10 minit terlebih dahulu sebelum dimasukkan cream cheese di dalamnya, picitkan blueberry filling dan bakar lagi 10 minit atau hingga pastry kekuningan.